PARK JIMIN, ketua vokalis dan penari utama dalam kumpulan popular BTS memecahkan rekod tersendiri dalam karier peribadinya sepanjang tahun ini.
Dia menjadi artis solo K-pop dan satu-satunya dari Korea Selatan buat masa ini yang berjaya melepasi 500,000 unit jualan untuk tiga buah lagu solonya di Amerika Syarikat (AS).
Lagu solo pertama Jimin yang terjual melebihi 500,000 unit adalah Lie yang dilancarkan pada Februari lalu sebelum dia meluncurkan single Serendipity (edisi penuh) pada Mac.
Kemudian pada 20 Mac lalu, dia sekali lagi memecah rekod apabila lagunya berjudul Filter turut terjual melebihi 500,000 unit di AS.
Filter merupakan lagu solo keempat dan trek ke-14 daripada anggota BTS yang terjual melebihi angka setengah juta.
Penyanyi yang terkenal dengan jolokan sebagai pemecah rekod dan ‘record-setter’ itu terus membanggakan peminat apabila memegang pelbagai rekod dan pencapaian menerusi banyak platform digital seperti Spotify, YouTube dan SoundCloud.
Jimin dilaporkan bakal muncul dengan lagu runut bunyi (OST) untuk drama terbitan tvN, Our Blues.