fbpx

Pan-gon enggan janji bulan, bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON (kanan) memberi penerangan kepada para pemain ketika sesi latihan menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina di Stadium Nasional Singpaura malam ini. – FAM

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon enggan menjanjikan ‘bulan dan bintang’ dalam usaha mendapatkan keputusan positif pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina di Stadium Nasional, Singapura malam ini.

Kata Pan-gon, semua 25 pemain dibawa ke negara republik itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri sebelum dapat menyesuaikan sepenuhnya falsafah bola sepak yang cuba di­terapkan walaupun sudah lebih seminggu menjalani kem latihan pusat.

“Saya puas hati sepanjang seminggu pasukan menjalani latihan harian dan pemain telah menunjukkan tanda positif dengan corak serta strategi latihan yang kami cuba terapkan tidak kira secara individu atau berpa­sukan.

“Namun, saya sudah katakan kepada mereka bahawa perlawanan antarabangsa sebenar memiliki lebih intensiti dan saya menuntut aksi profesional daripada pemain pada dua perlawanan nanti.

“Cuma, kita tidak boleh meletakkan harapan terlalu tinggi memandangkan pemain bukan mesin atau komputer dan mereka perlukan masa untuk sesuaikan diri sebelum dapat menyerap sepenuhnya corak permainan diimpikan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Sementara itu, pengendali import dari Korea Selatan itu turut mengesahkan ada empat pemain senior telah diberi peranan selaku ‘kapten bersama’ dalam skuad Harimau Malaya kali ini iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak, Farizal Marlias, Syafiq Ahmad dan Safiq Rahim.

“Selepas melakukan perbincangan, barisan kejurulatihan te­lah mengenal pasti empat pemain yang dipilih menjadi ketua serta pemimpin dalam kalangan pemain kali ini iaitu Aidil, Farizal, Syafiq dan Safiq sesuai dengan posisi masing-masing.

“Cuma, siapa yang bakal diberi lilitan kapten masih belum dapat disahkan sekarang dan akan diketahui apabila senarai kese­belasan utama dikeluarkan sebelum perlawanan nanti,” katanya.

Selepas aksi bertemu Filipina, skuad Harimau Malaya akan menentang Singapura di stadium yang sama pada Sabtu ini.

Dua siri persahabatan kali ini cukup penting kerana ujian sebenar Pan-gon adalah untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur pada Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI