JAKARTA – Hubungan persahabatan antara seorang nenek tua dan seekor ayam di Indonesia menarik perhatian apabila sebuah video yang memaparkan keakraban kedua-duanya dimuat naik di media sosial.
Menurut laporan laman BeritaJatim, paparan video menunjukkan seorang wanita warga emas setia ditemani seekor ayam betina dalam apa jua aktiviti harian.
Ayam itu seolah-olah sudah tahu jadual harian wanita tua itu termasuk waktu untuk bekerja di sawah padi dan jika sudah tiba masa untuk pulang ke rumah.
“Kisah persahabatan antara nenek dan ayam betina. Ke mana pun nenek ini pergi, ayam ini pasti mengikutinya tanpa sebarang arahan atau suruhan.
“Ternyata sahabat bukan hanya manusia tetapi haiwan juga boleh menjadi peneman setia,” tulis kapsyen video di akaun Twitter @jowopost. – Agensi