fbpx

Mercedes terpaksa ‘bina’ semula jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON bernasib baik untuk meraih podium ketiga di GP Bahrain selepas Verstappen berdepan masalah teknikal sehingga gagal menamatkan perlumbaan. – AFP

BAHRAIN – Mercedes mengambil keputusan untuk ‘membina’ semula jentera mereka selepas mempamerkan aksi hambar pada aksi pembukaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Bahrain kelmarin.

Prinsipal pasukan, Toto Wolff menyifatkan bahawa mereka gagal bertanding untuk gelaran dunia selepas jentera W13 serba tidak menjadi apabila ketinggalan agak jauh, meskipun Lewis Hamilton menaiki podium tempat ketiga.

Ferrari melakukan kejutan apabila meraih kemenangan satu dua menerusi Charles Leclerc dan Carlos Sainz sementara, Hamilton di kedudukan ketiga selepas Max Verstappen (Red Bull) berdepan masalah pada baki tiga pusingan terakhir.

Justeru, Wolff berharap pasukanya dapat menyelesaikan beberapa masalah terutama melibatkan isu downforce sebelum bermulanya perlumbaan pusi­ngan kedua di Jeddah hujung minggu ini.

“Masalah utama ketika di laluan lurus dan Hamilton tidak dapat memecut lebih laju. Jadi, kami perlu membuat penilai­an selepas beberapa perlumbaan untuk melihat keseluruhan masalah yang ada pada jentera,” kata Wolff.

Mercedes dikatakan berdepan masalah aerodinamik pada jentera W13 dan tidak stabil ketika memecut di laluan lurus hingga berlaku lantunan serta timbulnya masalah seretan selain isu cengkaman tayar

Sementara itu, Hamilton mengambil pendekatan positif walaupun sedar pasukannya itu berdepan masalah dan berharap Mercedes berjaya menemui beberapa peningkatan menjelang perlumbaan di Jeddah nanti.

“Ferrari dan Red Bull sangat laju di laluan lurus, manakala pres­tasi mereka di selekoh sa­ngat berbeza dengan Mercedes. Saya berharap perlumbaan seterusnya kami berjaya menemui beberapa penambahbaikan,” kata Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI