fbpx

KPLB bercadang naikkan kos pembinaan rumah PPRT sebanyak 15 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bercadang menaikkan kos pembinaan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) susulan kenaikan bahan binaan dalam tempoh pasca pandemik.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peningkatan kos bahan binaan ini juga menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan kontraktor serta ramai kontraktor sedia ada menarik diri dari melaksanakan kerja-kerja membina dan membaik pulih rumah PPRT.

Katanya, implikasi itu juga menyebabkan kelewatan pembinaan dan bantuan lewat disampaikan kepada kontraktor.

Justeru katanya, cadangan kenaikan kos rumah perlu dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan kerana ia akan memberikan implikasi kewangan kepada kerajaan.

“Antara cadangan untuk kelulusan Jemaah Menteri adalah kenaikan kos rumah bina baharu semasa sebanyak 15 peratus bagi binaan baharu di Semenanjung iaitu daripada RM56,000 kepada kepada RM64,400.

“Bagi binaan baharu di Sabah dan Sarawak pula, cadangan kenaikannya adalah daripada RM68,000 kepada RM78,200,” katanya di Dewan Rakyat hari ini

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) yang bertanya sama ada KPLB bercadang menaikkan harga siling rumah PPRT disebabkan kenaikan kos bahan binaan dan pengangkutan.-KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI