fbpx

KPDNHEP patahkan cubaan seludup 850 kg minyak masak subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian minyak masak paket bersubsidi yang disyaki akan diseludup ke Thailand dirampas di sebuah premis di Chabang Empat, Tumpat hari ini. FOTO IHSAN KPDNHEP KELANTAN

TUMPAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menggempur sebuah premis di Chabang Empat di sini hari ini yang dijadikan sebagai transit menyimpan 850 kilogram minyak masak paket bersubsidi sebelum diseludup ke Thailand.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4.48 petang tadi itu, KPDNHEP Kelantan turut merampas sebanyak 480 kilogram gula pasir yang disyaki akan turut diseludup ke negara berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota telah bertindak melakukan serbuan di premis berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut, pihaknya turut menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung rampasan kesemua barangan subsidi yang bernilai RM3,635 itu.

“Siasatan awal mendapati, premis itu dijadikan sebagai stor untuk menyimpan barangan tersebut sebelum ia diseludup ke negara jiran.

“Kita masih menjalankan siasat memandangkan barang kawalan itu tidak disimpan di alamat yang dilesenkan,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI