fbpx

Kebakaran IPD Sepang: Tiada unsur khianat, jenayah ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiada unsur khianat ditemui bomba di lokasi kebakaran di IPD Sepang semalam.

PUTRAJAYA – Tiada unsur khianat dan jenayah ditemui susulan insiden kebakaran membabitkan beberapa bilik utama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, perkara itu disahkan pegawai daripada Bahagian Siasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor.

Beliau berkata, pasukan yang diketuai Penguasa Kanan Bomba II Azlan Rahmat tiba di lokasi kejadian pukul 8.30 malam semalam bagi menyiasat punca kebakaran dibantu Unit Anjing Pengesan (K9).

“Selepas pemeriksaan selama dua jam, bomba mengesahkan tiada unsur khianat atau jenayah dikesan susulan kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati, kebakaran disyaki berpunca daripada pejabat pentadbiran Bahagian Siasatan Jenayah dan seterusnya merebak ke Pejabat Pegawai Penyiasat Kanan (SIO) serta bilik mesyuarat Bahagian Siasatan Jenayah.

Wan Kamarul Azran berkata, pemeriksaan awal mendapati hampir keseluruhan pejabat di Bahagian Siasatan Jenayah mengalami kerosakan akibat kebakaran itu.

“Lain-lain kerosakan yang dikenal pasti, termasuk gangguan talian internet bagi Integrated Police Reporting System (IPRS) kerana kabel fiber optik terbakar,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI