fbpx

JIPS siasat OKT dadah mati mengejut dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku kematian mengejut membabitkan orang kena tahan (OKT) dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang hari ini.

Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihak JIPS telah menerima satu laporan berkaitan kes kematian OKT pada pukul 7.30 pagi.

“OKT berkenaan merupakan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun yang ditahan dibawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(A) Akta yang sama.

“Berdasarkan rekod, OKT tersebut telah ditahan kelmarin dan sepatutnya direman hari ini di mahkamah,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI