NEW DELHI – Pihak berkuasa penerbangan India meletakkan pesawat Boeing 737 milik negara itu di bawah pengawasan yang dipertingkatkan ekoran insiden nahas pesawat China Eastern Airlines yang terhempas Isnin lalu, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.
Beberapa pasukan telah dihantar untuk memantau prosedur penerbangan, kelayakan udara dan operasi.
“Keselamatan penerbangan adalah perniagaan yang serius dan kami sedang mengkaji dengan teliti situasi itu.
“Sementara itu, kami menumpukan pada pengawasan yang dipertingkatkan ke atas pesawat 737 milik kami,’’ kata ketua Direktorat Jeneral Persatuan Awam India, Arun Kumar.
Syarikat penerbangan SpiceJet India, Vistara dan Air India Express semuanya mempunyai pesawat Boeing 737 dalam operasi mereka. – AGENSI