fbpx

Harga potret Marilyn Monroe bakal cecah RM842.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POTRET ‘Shot Sage Blue Marilyn’ rekaan Andy Warhol dipamerkan di Bandar Raya new York pada Isnin lalu. - John Angelillo/UPI

BANDAR RAYA NEW YORK – Firma lelongan Christie’s mengumumkan akan menjual sekeping potret Marilyn Monroe karya Andy Warhol  yang dipercayai bakal menjadi karya seni abad ke-20 paling mahal pernah dilelong, lapor United Press International (UPI) kelmarin.

Potret berjudul Shot Sage Blue Marilyn dengan cetakan skrin sutera itu digambarkan sebagai salah satu imej paling jarang dan luar biasa pernah wujud. Seorang pegawai Christie’s berkata, karya seni itu dijangka mencatat harga jualan lebih AS$200 juta (RM842.6 juta)

“Satu contoh karya seni abad ke-20 yang tiada tandingan oleh artis seni Amerika Syarikat (Warhol). Potret itu akan menjadi lelongan utama dalam jualan Marquee Week of sales pada Mei ini,’’ kata pengerusi Christie’s Americas, Marc Porter. 

Katanya, karya itu ditawarkan untuk dijual oleh Yayasan Thomas dan Doris Ammann Zurich. Semua hasil lelongan itu akan disumbangkan kepada badan amal berkenaan.

Yayasan Thomas dan Doris Ammann ditubuhkan bertujuan untuk menambah baik kehidupan kanak-kanak dengan mewujudkan sistem sokongan berpusat melibatkan penyediaan program penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Jualan lukisan tunggal Warhol ini bakal menjadi lelongan filantropi paling mahal selepas koleksi Peggy dan David Rockfeller dijual empat tahun lalu,” kata Porter.

Pegawai Christie’s itu berkata, lukisan berkenaan akan kekal di lokasinya iaitu Rockefeller Center di Bandar Raya New York selama seminggu, dengan tontonan secara janji temu tersedia untuk orang ramai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI