fbpx

Gempa bumi 6.7 skala richter gegarkan pantai timur Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bandar Hualien yang terletak di pantai timur Taiwan dilanda gempa bumi kuat awal pagi Rabu. - Google

TAIPEI – Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.7 pada skala Richter telah menggegarkan pantai timur Taiwan awal pagi ini, lapor laman RT.

Gegaran yang dianggarkan pada magnitud 6.7 itu dikesan pada kedalaman 10 kilometer di bawah Laut Filipina, kira-kira 63 kilometer di selatan bandar Hualien.

Gegaran itu dikesan pada pukul 1.41 pagi (waktu tempatan) di latitud 23.4 darjah utara dan 121.6 darjah timur, demikian menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) (USGS).

Ini meletakkan lokasi gegaran adalah di luar pantai timur Taiwan, dengan bandar utama terdekat ialah Hualien, dengan lebih 300,000 penduduk.

Pihak berkuasa Taipei telah menghantar mesej kecemasan kepada penduduk tempatan untuk kekal bertenang dan mencari perlindungan berdekatan.

Meskipun tahap gegaran yang berlaku di tahap membimbangkan namun pihak berkuasa AS berkata tiada sebarang amaran bahaya tsunami untuk Pantai Barat, British Columbia atau Alaska. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI