fbpx

China guna dron kesan lokasi kotak hitam pesawat MU5735

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fokus utama pasukan penyelamat adalah mencari kedudukan kotak hitam yang mengandungi audio dalam pesawat sebelum nahas. - Caixingglobal

BEIJING – Kemusnahan teruk pada pesawat Boeing China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin lalu menyukarkan pihak berkuasa dalam menentukan punca utama nahas, lapor laman Global Times.

Pengarah keselamatan penerbangan di Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), Zhu Tao, berkata fokus utama sekarang adalah untuk mengesan kedudukan kotak hitam atau ‘black box’ yang mengandungi semua audio komunikasi pesawat.

Selain pasukan di darat, pihak berkuasa juga telah menggunakan teknologi dron bagi membantu menjejak lokasi dua kotak hitam yang sepatutnya berada di bahagian muncung dan ekor pesawat.

Setakat ini, usaha mencari bahan bukti penting itu sudah berlanjutan selama 30 jam.

Kotak itu dibina untuk menahan letupan, hancur, kebakaran suhu tinggi dan kerosakan lain, dan juga berwarna oren terang untuk memudahkan ia ditemui di darat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI