fbpx

60 buah rumah rosak dibadai ribut di Jengka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah rumah yang rosak akibat dibadai ribut di Jengka 6 Maran semalam.

MARAN – Kira-kira 60 buah rumah dan beberapa kemudahan awam di Felda Jengka 6 dan Felda Jengka 7 di sini rosak akibat dibadai ribut petang semalam.

Kejadian angin kuat disertai hujan lebat selama 30 minit bermula kira-kira pukul 6.30 petang itu turut menyebabkan berlaku runtuhan di jalan utama ke Felda Jengka 6 yang hanya boleh dilalui oleh motosikal pada masa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Jengka 6, Saharudin Lela, 64, berkata, sebanyak 10 buah rumah di tanah rancangan berkenaan terjejas teruk apabila atap diterbangkan angin.

“Kejadian yang berlaku begitu pantas ini amat mengejutkan penduduk yang hanya mampu lari menyelamatkan diri dan ahli keluarga masing-masing.

“Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan jumlah kerugian masih belum ditafsirkan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya proses penyelenggaraan jalan sedang  dilakukan Roadcare Maran manakala penilaian kerosakan sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Felda dan agensi berkaitan.

Dalam pada itu Pengerusi JPKK Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abdul Rahim,64, berkata, sebanyak lima buah rumah rosak termasuk sebuah rumah dihempap sebatang pokok di felda berkenaan.

Katanya kejadian berkenaan amat mengejutkan kerana angin ribut yang diikuti hujan lebat turut menurunkan `hujan batu` yang tidak pernah berlaku di kawasan tersebut.

“Turut rosak dalam kejadian itu adalah bangunan awam seperti sekolah agama rakyat, garaj masjid, sekolah, balai raya, kedai D’ Mart, kubah masjid dan lain-lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI