PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 21,483 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,032,435 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 394 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (7,452 kes), Kuala Lumpur (3,433 kes), Sarawak (1,547 kes), Pulau Pinang (1,295 kes), Kedah (1,219 kes), Perak (1,170 kes) dan Negeri Sembilan (1,061 kes).
“Seterusnya, Pahang (959 kes), Johor (927 kes), Kelantan (609 kes), Terengganu (584 kes), Melaka (536 kes), Sabah (402 kes), Perlis (131 kes), Labuan (93 kes) dan Putrajaya (65 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, sebanyak 73 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 34,535 kes serta sebanyak 23 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,199 kes.
Sebanyak 252,671 kes aktif dilaporkan melibatkan 244,262 kes dikuarantin di rumah, 1,453 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,617 kes di hospital, 130 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 209 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE