fbpx

1,182 individu merokok dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa Kementerian Kesihatan menunjukkan rokok yang dirampas ketika pemeriksaan di kedai makan di George Town hari ini. Foto IQBAL HAMDAN

GEORGETOWN – Sebanyak 1,182 kompaun dikeluarkan menerusi operasi bersepadu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 oleh Kementerian Kesihatan di seluruh negeri ini sepanjang tahun ini setakat semalam.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Datin Dr. Azizah Abd. Manan berkata, daripada jumlah itu kesalahan merokok di tempat larangan adalah tertinggi yang direkodkan iaitu 996 kompaun.

Menurutnya, kesalahan berkenaan paling banyak didapati dilakukan di tempat makan dan kedai tertutup yang dilengkapi alat pendingin hawa selain pusat beli belah dan lapangan terbang.

“Mungkin ada dalam kalangan rakyat yang masih belum patuh dan mungkin tidak faham tentang kepentingan larangan merokok di kawasan awam.

“Oleh itu orang ramai dinasihati supaya mematuhi peraturan ditetapkan dengan tidak merokok di kawasan larangan merokok bagi mengelak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa selain ia melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kompaun berkenaan dikenakan mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 kerana merokok di tempat larangan dan Peraturan 12 PPKHT 2004 atas kesalahan tidak mempamerkan tanda larangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI