fbpx

Waktu operasi baharu taman eko rimba Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

SHAH ALAM – Peminat sukan rekreasi Selangor kini boleh menarik nafas lega apabila semua Taman Eko Rimba (TER) di negeri ini dibenarkan beroperasi waktu lebih lama kepada pengunjung.

Menurut laman Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), semua TER itu akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang bermula 1 April depan.

“Aktiviti perkhemahan bermalam juga dibenarkan,” katanya ringkas hari ini.

Pada 7 Disember lalu, Kosmo melaporkan aktiviti pendakian dibenarkan dari 7.30 pagi sehingga pukul 3 petang manakala aktiviti perkhemahan bermalam tidak dibenarkan.

TER yang dibenarkan ialah Taman Eko Rimba Sungai Tua, Sungai Sendat, Templer dan Komanwel.

Lima lagi lokasi lain ialah Taman Eko Rimba Kanching, Sungai Tekala, Sungai Gabai, Sungai Congkat dan Kota Damansara.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi JPNS di talian 03-55447000/ 7507 / 7337 atau emel [email protected]. atau melayari laman sesawang http:// forestry.selangor.gov.my. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI