fbpx

Van jadi stor simpan rokok, arak seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas rokok seludup dan sebuah van dalam operasi yang dijalankan di Taman Johor Jaya, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Taktik sindiket penyeludupan menjadikan van sebagai tempat penyimpanan rokok seludup dan arak sejak lima bulan tidak bertahan apabila diserbuan Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah premis Jalan Bakawali 35, Taman Johor Jaya, di sini semalam.

Malah taktik sindiket juga licik apabila meletakkan kenderaan jenis Toyota Hiace di kawasan parkir premis perniagaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, taktik itu bagaimanapun berakhir setelah pihaknya melakukan operasi berkenaan dijalankan pada pukul 4 petang.

“Dalam serbuan berkenaan, polis berjaya merampas pelbagai jenis rokok tidak bercukai serta sebuah kenderaan jenis van.

“Kesemua rampasan berkenaan dianggarkan bernilai RM421,769,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, kejayaan rampasan itu berjaya memutuskan rangkaian sindiket pengedaran rokok dan arak tidak bercukai yang aktif disekitar daerah Johor Bahru.

“Barangan rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Dimin turut memberitahu, pihaknya menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi talian hotline Batalion 5, PGA iaitu 07-7557280,” ujarnya lanjut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI