fbpx

THT dinobat juara MHL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain THT meraikan kejuaraan liga MHL di hadapan penyokong setia di Stadium Hoki MBKT, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar kemenangan dramatik menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-2 dalam aksi terakhir di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini hari ini.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad kendalian Roslan Jamaluddin menamatkan saingan liga dengan 32 mata selaku juara baharu manakala TNB terpaksa berpuas hati sebagai naib juara menerusi 30 mata.

Kejuaraan liga merupakan trofi kedua diraih gergasi Pantai Timur itu dalam kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini selepas meraih Piala Sumbangsih pada awal musim.

TNB lebih garang pada awal perlawanan dengan mendahului pada minit ke-11 menerusi pukulan sudut penalti Azril Misron sebelum disamakan Muhammad Noor Firdaus Rosdi bagi menjadi kedudukan 1-1 pada minit ke-30.

Memasuki babak kedua, THT memimpin perlawanan apabila Faizal Saari (m-48) yang menyambung pukulan adiknya, Mohd. Fitri bagi meletakkan gergasi Pantai Timur itu di depan dengan kedudukan 2-1.

Begitupun, TNB yang hanya memerlukan satu mata untuk bergelar juara kembali ceria selepas hantaran Muhammad Fahmi Khalid disambar Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-54.

Sorakan penonton kembali menggegarkan stadium apabila Faizal menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-57 untuk mengesahkan trofi kedua selepas Piala Sumbangsih, 18 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI