TEL AVIV – Singapura akan membuka sebuah kedutaan di Israel, 53 tahun selepas kedua-dua pentadbiran menjalinkan hubungan diplomatik, demikian menurut satu laporan seperti disiarkan dalam laman berita Jewish News Syndicate.
Perkembangan tersebut dimaklumkan semasa pertemuan di Baitulmuqaddis antara Menteri Luar Israel, Yair Lapid dan rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan.
Kementerian Hal Ehwal Luar Israel menyatakan dalam satu kenyataan bahawa Kedutaan Singapura di Tel Aviv itu akan menjadi lokasi penting dan menyokong syarikat-syarikat Singapura yang mahu meluaskan kerjasama dengan rakan niaga Israel.
Singapura dan Israel mewujudkan hubungan diplomatik dalam tahun 1969. – Agensi