fbpx

Selipar buat Kajol dipuji netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJOL

SEBAGAI pelakon ternama, Kajol selalunya dilihat sentiasa berpakaian cantik dan elegan lengkap dengan kasut tumit tinggi sesuai dengan statusnya sebagai aktres popular Bollywood.

Namun baru-baru ini, bintang Dilwale itu menjadi perhatian netizen selepas dilihat hanya memakai selipar ketika berada di tempat awam.

Bagaimanapun, foto yang diambil paparazzi yang kemudiannya tular dalam laman sosial telah menyebabkan nama isteri kepada Ajay Devgan itu menjadi sebutan gara-gara penampilan sederhananya.

Dalam gambar tersebut, kelihatan Kajol secara tidak sengaja telah terserempak dengan pelakon Kareena Kapoor.

Mereka dilihat memakai pakaian hampir sama iaitu kemeja putih bersama seluar hitam.

Namun selipar yang dipakai Kajol lebih mencuri perhatian netizen.

“Kajol miliki wang yang banyak, namun masih bersikap seperti orang biasa. Lihatlah selipar yang dipakainya,” komen seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI