fbpx

Saya tidak anggap Vida cuba tiru saya – Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aina dan Vida.

PETALING JAYA – Penyanyi Aina Abdul menepis dakwaan netizen yang mengatakan usahawan kontroversi Datuk Seri Vida cuba meniru gaya dan fesyen yang sering dibawanya ketika membuat persembahan menerusi penampilan usahawan itu dalam video muzik (MV) single terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan.

Aina, 29, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini berkata, dia tidak melihat corak fesyen terbaharu usahawan kosmetik berusia 51 tahun itu dikatakan menirunya apabila tampil dengan imej pelik dan tersendiri.

“Bagi saya tidak ada istikah meniru atau ‘copycat’. Masing-masing mendapat inspirasi daripada seseorang. Saya sendiri pun tampil dengan gaya yang diambil inspirasinya daripada orang lain.

“Saya tidak rasa pun dia (Vida) tiru saya. Saya sedar ada peminat yang mengusik, tapi saya anggap perkara itu cuma gurauan,” kata Aina yang ditemui ketika majlis pelancaran produk kecantikan, Truskin di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada masa sama, pelantun Semalam itu memuji dan mengagumi sikap Vida kerana menunjukkan azam yang tinggi untuk mengerjakan sesuatu.

“Saya tahu apa sahaja yang Datuk Seri Vida lakukan, dia akan buat dengan azam yang tinggi. Saya sendiri sejujurnya menyanjung tinggiV Vida sebagai ikon wanita. Bagi saya, banyak nilai positif yang boleh dipelajari daripadanya,” kata Aina.

Walaupun Vida sering dihambat dengan kontroversi tidak enak, Aina sentiasa suka pada personality dan sikap usahawan itu kerana sangat berani.

“Datuk Serti Vida juga seorang wanita yang kuat. Sejujurnya saya juga belajar untuk menjadi seperti itu (kuat).

“Mungkin orang di luar nampak yang lawak-lawak saja, tapi saya belajar sisi positifnya. Apa juga yang dia lakukan, dia menjadi diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, penampilan Vida mula mencuri tumpuan selepas dia tampil dengan imej dan solekan pelik di program Big Stage musim keempat (BS4) beberapa minggu lalu.

Vida bagaimanapun memberitahu fesyen pelik yang ditampilkan dalam MV Ku Ikhlaskan hanyaLAH sementara dan dia akan kembali dengan imej glamornya selepas single baharunya itu dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE
-HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI