fbpx

Premis pelacuran warga asing digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis sekitar ibu negara lewat malam tadi

KUALA LUMPUR – Kegiatan sindiket pelacuran warga Vietnam di sebuah premis sekitar ibu negara terbongkar selepas penahanan 13 individu dalam satu serbuan lewat malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, pihaknya menahan enam lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Indonesia dan enam wanita warga Vietnam.

“Hasil serbuan mendapati, premis tersebut sedang beroperasi dengan menyediakan perkhidmatan pelacuran wanita warga asing.

“Kita turut merampas 130 keping kondom, satu pelincir, sehelai tuala, dua tisu basah, satu fail jadual kerja, dua buah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM 340,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran, 372B Kanun yang sama dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah.

“Orang ramai yang ingin membantu menyalurkan maklumat berkaitan perilaku jenayah boleh melakukannya di aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Kita amat menghargai sebarang bentuk maklumat berkaitan jenayah demi kesejahteraan masyarakat bersama,” katanya.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI