fbpx

‘Pengembara masa’ ramal perang AS-Korea Utara tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
'PENGEMBARA masa' itu meramalkan bahawa AS dan Korea Utara akan berperang selepas beberapa minggu Rusia menyerang Ukraine. – Nuhey News

LONDON – Seorang pesohor media sosial yang mengaku dirinya sebagai ‘pengembara masa’ telah memberi amaran bahawa perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara akan meletus tidak lama lagi, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Dia membuat ramalan itu menerusi satu klip video, beberapa minggu selepas Rusia menyerang Ukraine.

Klip video yang dimuat naik dalam akaun TikTok  bernama @atimewarper pada 10 Mac lalu itu meramalkan siri peristiwa membimbangkan diramal berlaku sepanjang 2022 termasuk peperangan baharu, penemuan ruang angkasa dan berita kematian palsu seorang selebriti.

Antaranya adalah amaran peperangan antara Korea Utara dan AS walaupun video itu tidak menjelaskan secara terperinci pihak mana yang akan membuat serangan pertama. 

“Inilah perkara yang anda perlu tahu untuk 2022. 22 Mac- Pencerobohan Korea Utara dan AS. 19 April- Varian Covid-19 baharu akan menyerang Bumi dikenali sebagai Omega, lima kali ganda lebih teruk daripada mana-mana varian lain.

“24 Mei- NASA menemukan planet lain dipanggil ‘KLET-33’ yang mempunyai kehidupan. 28 Jun- Salah satu daripada 5 taufan paling berbahaya melanda antara Georgia dan Carolina Selatan,’’ demikian mesej daripada klip video berkenaan. 

Antara ramalan lain adalah berita pemalsuan kematian penyanyi rap legenda (13 Julai), gempa bumi terkuat dalam sejarah melanda Los Angeles, California dikenali ‘The Giant Wave (23 Julai), penemuan bandar bawah air di Lautan Atlantik oleh dua penyelam (3 Ogos) dan beberapa ramalan lain.

Ramalan itu dibuat selepas Kim Jong-un dilaporkan telah memberitahu pegawai-pegawai Korea Utara supaya bersedia untuk menggerakkan tentera selepas Rusia berperang dengan Ukraine.

“Hubungan antarabangsa tegang dengan Rusia dalam peperangan. Jadi jawatankuasa parti serantau menuntut semua pihak bersedia untuk bergerak pada setiap masa,’’ kata seorang pegawai dari Pyongan Utara kepada stesen Radio Free Asia (RFA) pada 27 Februari lalu.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI