fbpx

Pemilik restoran cari pelanggan tertinggal gigi palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Set penuh gigi palsu tersebut disimpan di dalam plastik. – Men Media

LONDON – Pemilik sebuah restoran di Oldham, England, meminta ‘pelanggan misteri’ yang meninggalkan gigi palsu di premis miliknya agar tampil untuk mengambil semula aksesori tersebut, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Emma Whelan yang merupakan pemilik Restoran The Barclay,  berkongsi  gambar menunjukkan set lengkap gigi palsu yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik.

Menurutnya, salah seorang penyelia restoran menjumpai gigi tersebut di lantai dan memasukkannya ke dalam plastik bagi tujuan keselamatan.

Dia melabel beg itu sebagai ‘Teeth-Saturday 19 March 2022’.

Whelan kemudian memuat naik gambar gigi palsu yang ditemui dalam laman Facebook dan Instagram restorannya bagi mencari pemilik gigi tersebut.

“Jika anda kehilangan gigi, ya gigi! Sila hubungi kami dan kami telah menyimpan gigi anda dengan selamat,” tulis Whelan pada hantaran tersebut.

Setakat ini, belum ada pelanggan yang menuntut gigi tersebut, namun hantaran Whelan menjadi tular dengan ramai netizen menyebut nama rakan masing-masing sebagai pemiliknya pada bahagian komen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI