fbpx

Najib dah bayar kompaun KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Najib di Facebooknya tadi.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan pihaknya sudah menjelaskan kompaun yang dikenakan terhadapnya selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa Pilihan Raya Negeri Johor baru-baru ini.

Perkara tersebut yang dimaklumkan di Facebooknya tadi dianggap sebagai respon kepada ciapan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada pagi tadi yang meminta Ahli Parlimen Pekan itu menjelaskan kompaun terbabit.

“Kompaun sudah dibayar,” katanya ringkas.

Pada hantaran itu, Najib turut memuat naik sekeping gambar memaparkan resit kompaun tersebut yang berjumlah RM1,000 bertarikh hari ini.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin membalas satu hantaran portal media di Twitter yang melaporkan persoalan dibangkitkan Najib di Facebooknya mengenai pelanggaran SOP ketika Kongres DAP yang diadakan hujung minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI