fbpx

Apa kata pemenang Liga Fantasi Kosmo! minggu ke-30

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tahniah kepada lima pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo! minggu ke-32.
MUHAMMAD AIMAN YAMIN IBRAHIM

“Minggu ini saya guna cip Free Hit dan pemilihan Son Heung-min selaku kapten pasukan pada minggu ini benar-benar membantu saya untuk mengutip mata lebih tinggi. Tidak sangka boleh menjadi pemenang mingguan. Terima kasih Kosmo!.”

MUHAMMAD AIMAN YAMIN IBRAHIM (Subang Jaya, Selangor)
Pasukan: MIFTer (91 mata)
Pengurus: Aiman Yamin

 

HANIF HASHIM

“Saya tahu minggu ini banyak pasukan tidak beraksi. Jadi, pemilihan menggunakan cip Free Hit adalah yang terbaik untuk digunakan. Strategi menurunkan pemain Spurs membuahkan hasil. Ini kali pertama saya sertai Liga Fantasi Kosmo! Terima kasih kerana menyediakan platform seperti ini.”

HANIF HASHIM (Arau, Perlis)
Pasukan: HARUM MANEH (90 mata)
Pengurus: Hanif Hashim

 

KISHEN KALITHASAN

“Minggu ini, pemilihan pemain agak sukar dan saya turut meminta pandangan daripada rakan mengenai pemain yang patut dipilih. Tidak sangka kali ini benar-benar menjadi untuk berada mingguan tertinggi FPL Kosmo! Apa pun, terima kasih kepada Kosmo!.”

KISHEN A/L KALITHASAN (Setapak, Kuala Lumpur)
Pasukan: Changkat F.C (89 mata)
Pengurus: Kishen Shen

 

DANIEL IMTIAZ MOHD. ZULKIFLEE

“Percaturan menggunakan cip wildcard pada minggu ini meskipun hanya empat perlawanan berlangsung ternyata membuahkan hasil. Terima kasih buat Kosmo! kerana menyediakan platform menarik buat peminat FPL seperti kami.”

DANIEL IMTIAZ MOHD. ZULKIFLEE (Klang, Selangor)
Pasukan: x97s (86 mata)
Pengurus: Daniel Imtiaz

 

MUHAMAD NADHIR MD. NASRI

“Saya tidak sangka dapat berada dalam kedudukan lima terbaik pada saingan fantasi minggu ini. Mungkin strategi menggunakan cip Free Hit membuahkan hasil selepas hanya ada empat perlawanan berlangsung dengan barisan pemain yang dipilih agak menjadi.”

MUHAMAD NADHIR MD. NASRI (Kulim, Kedah)
Pasukan: NN FC 1 (86 mata)
Pengurus: Nadhir Nasri

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI