BELGRADE – Atlet olahraga lelaki Sweden, Armand Duplantis sekali lagi memecahkan rekod dunianya sendiri dalam acara lompat bergalah apabila melepasi ketinggian 6.20 meter (m) pada Kejohanan Dalam Dewan Dunia di Belgrade semalam.
Dua minggu lalu, atlet 22 tahun tersebut turut memecahkan rekod dunia miliknya di Kejohanan Tour Silver yang juga berlangsung di Belgrade selepas melakukan 6.19m.
Duplantis mengekalkan rekod dunia tersebut pada Februari 2022 selepas dia melakukan 6.17m di Torun, Poland dan selapas itu dia juga melepasi 6.18m di Glasgow.
Kini, pemenang pingat emas Olimpik 2020 tersebut sedang melakukan persiapan untuk ke Kejohanan Dunia di Eugene, Oregon pada Julai nanti.
“Untuk memecahkan rekod dunia dua kali dalam masa dua minggu adalah satu lagi yang cukup baik. Saya tidak tahu nak cakap apa kerana saya gembira dengan keputusan ini.
“Satu lagi gelaran dan satu lagi rekod dunia adalah hari yang cukup baik. Melepasi 6.20m buat kali pertama sukar untuk saya jelaskan.
“Ini adalah sesuatu yang diidamkan selama ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa berada bersama saya,” katanya. – AGENSI