fbpx

Dijel 4 bulan, denda RM16,000 palsukan kad Petron Miles, Touch ‘n Go

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cheng Chee Chong (kiri) diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang lelaki memalsukan dokumen kad loyalty Petron Miles dan kad Touch ‘n Go membawa padah apabila dia dihukum penjara empat bulan dan didenda RM16,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret S.Mageswari menjatuhi hukuman itu terhadap Cheng Chee Chong, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap pada 16 Mac lalu. Hukuman penjara itu diarahkan berjalan serentak.

Selain itu sekiranya gagal membayar denda, tertuduh berdepan penjara tambahan selama 12 bulan. Tertuduh membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan pilihan, Chee Chong didakwa memalsukan 5,200 keping kad Loyalty Petron Miles dan 1,400 keping kad Touch ‘n Go (Watson) yang mana kedua-dua perbuatan itu menyebabkan kerugian kepada syarikat Petron dan syarikat Touch ‘n Go.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Jalan Jalil Perwira 2, Bukit Jalil di sini pukul 2 petang, 16 Mac lalu dan didakwa mengikut Seksyen 463 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menjaga ibu dan bapanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Anisha Jamilludin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh telah menyebabkan kerugian besar terhadap dua syarikat tersebut.

Pada 17 Mac lalu, akhbar melaporkan polis menahan tertuduh kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan tambah nilai Touch ‘n Go dan kad mata ganjaran secara tidak sah dalam serbuan di sebuah kondominium mewah.

Hasil serbuan itu polis merampas komputer riba, telefon bimbit, 1,400 kad Touch ‘n Go, 5,200 kad mata ganjaran, resit kad ganjaran, buku cek dan pembaca data kad yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI