fbpx

Deepika Padukone diminta besarkan payu dara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEEPIKA PADUKONE

AKTRES jelita Deepika Padukone mendedahkan pernah mendapat saranan tidak masuk akal oleh seseorang sewaktu awal pembabitannya dalam industri perfileman Bollywood.

Ujar Deepika, ketika berusia 18 tahun, dia pernah diminta untuk melakukan pembedahan memasukkan implan dalam payu daranya supaya kelihatan lebih besar.

“Saranan terburuk yang pernah saya terima adalah seseorang telah menyuruh saya untuk melakukan pembedahan membesarkan payu dara.

“Ketika itu saya baru sahaja berusia 18 tahun dan tertanya-tanya, adakah perkara itu merupakan satu keperluan untuk saya terjun dalam industri hiburan?” katanya.

Biarpun disuruh untuk melakukan pembedahan membesarkan payu dara, namun pelakon yang mencipta nama menerusi filem Om Shanti Om di samping Shah Rukh Khan itu enggan berbuat demikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI