fbpx

April bulan getir buat Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA (kanan) meledak gol tunggal perlawanan menyaksikan Liverpool berjaya menewaskan Forest untuk layak ke separuh akhir Piala FA. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui cukup teruja selepas diundi bertemu Manchester City pada aksi separuh akhir selepas mara ke kelompok empat pasukan terbaik susulan kejayaan menewaskan Nottingham Forest awal pagi semalam.

Pada aksi di suku akhir itu, Liverpool dilihat agak bergelut dengan tentangan sengit yang diberikan oleh pasukan tuan rumah sebelum berjaya melakar kemenangan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Diogo Jota.

Kata Klopp, pertemuan menentang City di Stadium Wembley pada bulan depan sudah tentu menarik untuk disaksikan apabila kedua-dua pasukan sememangnya bersaing sengit dalam usaha merebut kejuaraan musim ini.

“Kita akan mengharungi ja­dual padat yang sengit bulan depan apabila dijadualkan bertemu Watford, Benfica, kemudian City sebanyak dua kali untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA dan kemudian Manchester United serta Everton.

“Justeru, saya mahu pemain bersedia daripada segi mental dan fizikal kerana lambat atau cepat, kita tetap akan bertemu City tetapi kali ini lebih awal. Kami jangkakan aksi sukar kerana ke­dua-dua pasukan mahu mara ke pentas final Piala FA,” katanya.

Mengulas mengenai permainan anak-anak buahnya, Klopp akui berpuas hati kerana bukan mudah untuk meraih kemenangan ke atas Forest di gelanggang keramat mereka selain memuji penyudah yang dilakukan oleh Jota untuk gol kemenangan tersebut.

“Saya anggap ini adalah perlawanan sukar tetapi pujian kepada pemain yang bekerja keras dan memberi tumpuan penuh untuk melakar kemenangan khususnya Jota. Kini, kita akan berehat dua minggu untuk aksi antarabangsa dan saya harap pemain dapat kembali dengan lebih bertenaga,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI