fbpx

Alas perut dengan bekal air semasa bot hanyut di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afzanizul (duduk, kiri) bersama dua Muhammad Firdaus dan Rosidi ketika menceritakan pengalaman mereka di laut sebaik sahaja tiba di jeti Pangkalan Sungai Tembus, Penaga di Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Tiga nelayan yang hanyut selepas bot dinaiki kehabisan minyak di tengah laut terpaksa bergantung dengan air minuman untuk mengalas perut.

Afzanizul Zakaria, 44, berkata, dia bersyukur kerana diselamatkan nelayan lain selepas turun menangkap ikan di Pangkalan Sungai Tembus, Penaga pada pukul 5 pagi kelmarin. Mereka ditemui nelayan pada pukul 9.30 pagi semalam.

Menurut Afzanizul, kejadian berlaku apabila bot dinaiki bersama Muhammad Firdaus Shamsudin, 34, dan Rosidi Saad, 44, secara tiba-tiba kehabisan minyak ketika bersiap untuk pulang pada waktu tengah hari.

Lebih malang katanya, stok makanan yang dibawa hampir kehabisan.

“Kebetulan pula berlaku kejadian ribut dan kami cuma ada air botol untuk bertahan. Mujurlah ada bot lain membantu sehingga kami balik (pulang ke jeti di Penaga),” katanya kepada pemberita sebaik tiba di Pangkalan Sungai Tembus, Penaga hari ini.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat dengan bantuan Unit Udara jabatan itu sejak semalam dibatalkan selepas mangsa dijumpai oleh nelayan berhampiran Pulau Bidan, Kedah.

Difahamkan, mangsa diberikan makanan dan rehat sebelum dibenarkan bertolak pulang ke Pangkalan Sungai Tembus pada pukul 8 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI