fbpx

50,000 set produk Truskin habis dijual lima minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Julia (kiri) bersama Aina dan Adibah (kanan) pada majlis penyampaian CEO BOSS Entrepreneur Award di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Trulooks Global Group Sdn. Bhd. (Trulooks) pengeluar produk penja­gaan kecantikan berjenama Truskin, berjaya menjual pek produk terbaharunya, Truskin Trio Happyness Edition sebanyak 50,000 set dalam masa lima minit sahaja.

Tempahan tersebut diterima daripada para pengedarnya yang hadir pada majlis pelancaran dan juga penyampaian CEO BOSS Entrepreneur Award 2022 di di Kuala Lumpur kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Trulooks, Julia Lah berkata, pek produk edisi terhad itu sememangnya dinantikan oleh para pengedarnya yang kini telah mencecah lebih daripada 2,000 orang kerana harganya yang cukup istimewa iaitu RM90 sahaja.

Pek itu terdiri daripada micellar cleanser, TryMe mostu­rizer dan essence toner serta hadiah percuma istimewa iaitu lip tint.

“Jualan yang diterima sa­ngat menggalakkan kerana ramai pengedar memang menantikan tawaran hebat ini kerana ia tidak akan diulang lagi pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata pada sidang akhbar selepas majlis penyam­paian anugerah tersebut yang turut dihadiri oleh Pengarah Trulooks, Dr. Adibah Abd. Bari bersama artis, Aina Abdul.

Mengulas lanjut, Julia menjelaskan, ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19, pertumbuhan jualan syarikat telah mencecah sebanyak 600 peratus.

Ini kerana tumpuan masyarakat terhadap pembelian secara online yang meledak tinggi dan juga komitmen pengedar­nya yang begitu aktif mempromosi serta menjual produk Truskin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI