fbpx

4,000 CCTV siap dipasang pantau banjir Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memantau keadaan banjir di Jalan Melaka di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 4,000 unit sistem televisyen litar tertutup (CCTV) telah siap dipasang di sekitar Kuala Lumpur bagi tujuan memantau lokasi-lokasi banjir agar bantuan awal dapat segera dihantar.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa memastikan kesiapsiagaan menjadi hal utama dalam menghadapi perubahan iklim yang semakin ekstrem.

“DBKL telah mengambil tiga pendekatan dalam memastikan isu banjir dan tanah runtuh di Kuala Lumpur dapat diatasi dengan berkesan menerusi tindakan serta merta, jangka pendek dan jangka panjang.

“DBKL akan mengambil tindakan segera dalam membersihkan segala halangan dan saluran dalam longkang tepi jalan ketika banjir serta pengurusan trafik akan terus diselenggara oleh DBKL dengan bantuan agensi lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang ingin tahu mengenai kesiapsiagaan Kuala Lumpur berhadapan dengan kesan iklim yang semakin ekstrem termasuk banjir dan tanah runtuh dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Tambah beliau, DBKL juga telah membuat pemantauan melalui CCTV yang dipasang sekitar Kuala Lumpur melalui Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC) untum memantau dan mengenal pasti lokasi-lokasi yang terlibat dengan banjir untuk menghantar bantuan awal.

“Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga Jun akan datang, akan siap dipasang lagi 1,000 unit CCTV tambahan dan ia akan diletakkan di kawasan ‘hotspot’ mudah banjir,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI