fbpx

Warga emas melecur separuh badan, rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengambil masa 30 minit untuk memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Baru Nilai, Seremban petang tadi.

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas melecur separuh badan dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Baru Nilai, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Bakarya Mohd. Salleh berkata, mangsa, Tan Suit Moey, 64, ketika kejadian tinggal bersama suaminya yang berusia 78 tahun bersama seorang anak angkat.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasa pada pukul 1.10 petang setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati terdapat seorang wanita yang melecur separuh badan akibat kebakaran tersebut.

“Bomba bertindak cepat menggunakan laluan tepi pagar rumah jiran membawa mangsa yang berada di bahagian belakang rumah untuk keluar segera.

“Mangsa telah dibawa menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke Klinik Kesihatan Nilai. Suami dan anak angkatnya tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Bakarya, rumah kayu jenis separuh kekal diduduki keluarga itu musnah 100 peratus dan pihak bomba mengambil masa selama 30 minit bagi memadamkan kebakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI