fbpx

Wanita pernah ‘direject’ bakal mertua mahu menantu penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozmiza membuktikan bahawa dia mampu memiliki rumah sendiri dan sebuah kereta mewah hasil usahanya walaupun pernah dipandang rendah oleh orang lain.

PETALING JAYA – “Makcik nak menantu kerja kerajaan (penjawat awam), awak asal keluarga susah dan jangan berangan nak hidup mewah.”

Demikian kata-kata yang masih segar dalam ingatan seorang wanita yang pernah dikecewakan kekasih dan keluarga lelaki tersebut.

Namun, kekecewaan itu menjadikan Rozmiza Rozman terus bangkit mencipta kejayaan sendiri.

Berkongsi cerita di laman Twitter, Rosmiza memberitahu, walaupun sedih, dia tidak mudah mengalah dan menjadikan kejadian itu sebagai pembakar semangat.

“Kenal dia (bekas kekasih) semasa umur 16 tahun tapi selepas itu, saya sambung matrikulasi manakala dia pula ke universiti awam dan kami bercinta jarak jauh.

“Dia pernah kantoi kerana ada perempuan lain, tapi kami berbaik semula sehingga saya sambung pengajian peringkat ijazah dan dia ambil diploma menerusi panggilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),” ciapnya.

Lebih menyedihkan, apabila kekasihnya itu sanggup merendahkan dirinya dan langsung tidak menyokong minat dan kemahuannya.

“Ingat lagi saya kongsi nanti habis belajar saya nak kerja keras sebab saya nak beli kereta jenis Volkswagen tapi dia hanya gelakkan dan jawab, kereta itu mahal. Awak keluarga pun susah, beli kereta Perodua Myvi mampulah,” katanya.

Katanya lagi, pernah suatu hari dia bertindak menghubungi ibu bekas kekasihnya tapi malangnya kehadirannya tidak diterima keluarga itu.

“Mak cik nak menantu kerja kerajaan, maaf ya dik,” kongsinya.

Hasilnya selepas lima tahun bekerja sebagai perunding kewangan, Rozmiza berjaya membeli rumah dan kereta mewah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan agar dia mendapat jodoh yang jauh lebih baik serta menerima dirinya seadanya.

“Saya doakan awak akan dapat jodoh yang baik, dan terim awak serta faham awak, jadikan kisah bersama lelaki tidak guna itu sebagai kekuatan untuk tidak bergantung kepada seorang lelaki sepenuhnya,” kata seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI