TAWAU – Tular di media sosial sejak malam tadi satu klip video kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki menggunakan kayu dan parang dipercayai berlaku di daerah ini.
Rakaman video berdurasi 28 saat itu memaparkan aksi ganas sekumpulan lelaki bergaduh dengan menetak serta melibas parang antara mereka.
Turut tular beberapa keping gambar menunjukkan indivdu cedera dengan berlumuran darah dipercayai terbabit dengan pergaduhan berkenaan.
Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan penempatan atas air di Batu 4 Jalan Apas, berhampiran lokasi kejadian kebakaran yang memusnahkan hampir 700 rumah, pada Jumaat lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan masih dijalankan.
“Saya akan bagi laporan (kenyataan) selepas siasatan awal selesai,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. -KOSMO! ONLINE