fbpx

Tiga nelayan dikhuatiri hilang di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot yang dipercayai diguna tiga orang nelayan dari Penaga, Kepala Batas yang hilang ketika keluar untuk memukat ikan sejak awal pagi kelmarin. /FOTO MEDIA SOSIAL

SEBERANG PERAI – Tiga orang nelayan dikhuatiri hilang di laut selepas dipercayai keluar untuk memukat dan menangkap ikan sejak awal pagi semalam.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka, Muhammad Firdaus Shamsudin, 34, Afzanizul Zakaria, 44, dan seorang lagi iaitu Rozidi Saad menaiki sebuah bot berwarna biru dan merah untuk tujuan itu.

Menurut pemilik bot yang dikenali sebagai Naim Putra, nelayan-nelayan itu telah bertolak dari Pangkalan Sungai Tembus, Penaga di sini kira-kira pukul 5 pagi pada hari kejadian dan sepatutnya pulang ke jeti sekitar pukul 12 tengah hari pada hari yang sama.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini, ketiga-tiga nelayan itu masih belum pulang dan satu laporan polis terpaksa dibuat berhubung perkara itu kerana bimbang sesuatu yang buruk mungkin berlaku kepada mereka.

Ketika ini juga katanya, ada sesetengah dakwaan mengatakan kemungkinan nelayan-nelayan itu dihanyutkan ke Langkawi atau Pulau Payar di Kedah berikutan cuaca buruk sejak awal pagi ini.

Dalam pada itu, Naim ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, ketika ini, kerja-kerja mencari dan mengesan kesemua mangsa sedang giat dijalankan.

“Ada empat buah bot yang turut serta dalam proses pencarian ini. Doakan semoga semuanya selamat,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, kisah kehilangan nelayan itu tular di media sosial dan ia turut dikongsi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd. Yusni Mat Piah menerusi akaun Facebook miliknya sejak awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI