fbpx

Tak boleh paksa murid di Selangor ambil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri tidak boleh memaksa murid sekolah di Selangor mengambil vaksin Covid-19 meskipun sesi persekolahan penggal pertama 2022/2023 bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, pemberian vaksin kepada kumpulan itu hanya boleh dilakukan sekiranya mendapat kebenaran daripada ibu bapa mereka.

“Memang cadangan Yang Berhormat (Ahmad Yunus) supaya kerajaan negeri memberi vaksin kepada seramai mungkin murid sekolah itu baik.

“Tetapi untuk memberi vaksin, mereka (ibu bapa) perlu memberi kebenaran sebelum kita boleh berbuat demikian,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Terdahulu, Ahmad Yunus (Pas-Sijangkang) menanyakan soalan tambahan mengenai usaha yang dilakukan kerajaan Selangor supaya lebih ramai murid sekolah dapat divaksinasi yang ditanyakan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN-Sijangkang).

Jelasnya, sehingga 1 Mac lalu, seramai 167,338 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICK Kids) di Selangor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI