fbpx

SUKMA XX, MSN 2022 dianjurkan pada September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal

KUALA LUMPUR – Temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 yang sebelum ini tertangguh ekoran penularan wabak Covid-19 kini sah bakal dianjurkan pada penghujung September tahun ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma hari ini memutuskan edisi ke-20 yang dikenali sebagai ‘SUKMA XX, MSN 2022’ itu dijadualkan berlangsung pada 29 September hingga 8 Oktober depan.

Jawatankuasa Tertinggi Sukma juga bersetuju dengan ketetapan mengekalkan untuk peraturan dan syarat had umur yang telah dipersetujui sebelumnya.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Februari 2022 telah menyokong dan meluluskan penganjuran SUKMA XX pada tahun ini demi memastikan pembangunan sukan di peringkat negeri dilaksanakan secara konsisten.

“Ia agar negara tidak ketandusan atlet yang bakal jadi pengganti untuk bersaing di peringkat tertinggi,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan hari ini.

Temasya SUKMA XX dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan mempertandingkan 31 jenis sukan iaitu 16 sukan wajib dan 15 sukan pilihan serta dua sukan demonstrasi iaitu silambam dan kabaddi.

Jawatankuasa Teknikal Sukma akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk memutuskan jumlah akhir acara bakal dipertandingkan yang tertakluk kepada jumlah penyertaan minimum lapan negeri untuk setiap sukan dan acara.

Jawatankuasa Tertinggi Sukma juga bersetuju supaya Sukan Para SUKMA XX, MSN 2022 dilangsungkan dari 29 Oktober hingga 6 November 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI