fbpx

Serangan jantung punca kematian pendaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat itu dijumpai pada pukul 3.05 petang di satu lokasi pada ketinggian 420 meter dengan jarak 3.5 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di kaki bukit Puncak Jelapang.

IPOH – Polis mengesahkan kematian Lau Sam, 84, yang mayatnya ditemui selepas 10 hari dilaporkan hilang semasa aktiviti pendakian di Puncak Jelapang, berpunca akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ia hasil bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Lau Sam yang dilaporkan hilang pada 11 Mac lalu berjaya menemukan mayat disyaki lelaki itu semalam.

“Mayat itu dijumpai pada pukul 3.05 petang di satu lokasi pada ketinggian 420 meter dengan jarak 3.5 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di kaki bukit Puncak Jelapang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat tersebut telah dicam oleh waris sebagai Lau Sam dan berjaya dibawa turun oleh pasukan penyelamat ke PKTK pada pukul 3 pagi tadi.

“Mayat warga emas itu dibawa ke HRPB untuk bedah siasat dan pihak hospital mengesahkan punca kematian mangsa akibat serangan jantung,” katanya.

Menerusi laporan media pada 12 Mac lalu, Lau Sam disedari hilang oleh ahli kumpulannya sekitar pukul 6.30 petang pada Jumaat setelah didapati tidak tiba di kaki bukit.

Mangsa yang menyertai pendakian bersama tujuh rakannya itu merupakan seorang yang mahir dalam aktiviti tersebut dan telah biasa datang ke lokasi berkenaan.

Susulan kehilangan Lau Sam, keluarga mangsa menawarkan ganjaran wang RM10,000 kepada mana-mana individu yang berjaya menemukan warga emas tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI