fbpx

Permainan ‘kasar’ punca pergaduhan di gelanggang futsal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki menggunakan kayu dan parang dipercayai di gelanggang futsal Taman Sri Rugading.

TUARAN – Aksi pemainan kasar pemain sewaktu perlawanan dipercayai punca pergaduhan sekumpulan lelaki di gelanggang futsal di Taman Sri Rugading pada 17 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, pergaduhan dilaporkan tercetus ketika berlangsungnya perlawanan persahabatan membabitkan dua pasukan di daerah ini dalam kejadian sekitar pukul 8 malam.

“Siasatan awal mendapati, pergaduhan berlaku apabila terdapat pemain yang menunjukkan permainan kasar sewaktu perlawanan berlangsung.

“Pergaduhan terbabit hanya berlaku sekitar 22 saat seperti dalam rakaman video yang tular di media sosial sebelum berjaya dileraikan. Permainan difahamkan seperti biasa selepas kejadian itu.

“Namun tiada laporan polis dibuat mana-mana pihak sehingga hari ini dan polis menasihatkan pemilik serta pekerja gelanggang futsal tampil ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, tindakan menyebar rakaman video di media sosial dan sebagainya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998/500 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 22 saat tular dipercayai dirakam seorang individu di gelanggang futsal memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki di dalam gelanggang futsal apabila kedua-dua pasukan saling bertumbuk antara satu sama lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI