fbpx

Pemandu SUV guna lampu strob elak trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pemandu kenderaan jenis SUV memasang lampu strob berwarna biru untuk pengguna jalan raya lain memberikan laluan.

KUALA LUMPUR – Pemandu sebuah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) tular di media sosial apabila dikesan menggunakan lampu strob ketika melalui kesesakan trafik.

Menerusi satu hantaran di media sosial, video berdurasi 29 saat itu memaparkan sebuah kenderaan SUV dipandu dengan lampu strob berwarna biru dipasang secara berterusan.

Selain itu, dapat dilihat pengguna jalan raya yang lain memberikan laluan terhadap kenderaan terbabit kerana menyangka SUV itu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, penggunaan lampu strob adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, pengguna media sosial memaklumkan nombor pendaftaran kereta itu dipercayai VHE6886. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI