fbpx

Pekerja pasar raya rugi RM20,000, cermin kereta dipecah penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sapiah menunjukkan cermin kereta Proton Saga FLX yang dipecah penjenayah di Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pekerja sebuah pasar raya kerugian RM20,000 selepas cermin keretanya dipecahkan penjenayah di kawasan tempat letak kenderaan di Jalan Pak Dagang di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, mangsa, Sapiah Omar, 53, kehilangan beg tangan mengandungi barangan kemas dan wang tunai yang diletakkan di tempat duduk penumpang kereta Proton Saga FLX.

Menurut Sapiah, kereta itu diparkir kira-kira 100 meter dari pasar raya tempat dia bekerja.

“Apabila selesai syif pukul 6 petang, saya terkejut mendapati cermin hadapan kereta dipecahkan dan beg tangan lesap,” katanya ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Sapiah berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian jenayah seumpama itu kerana lokasi tersebut merupakan kawasan tumpuan ramai terutama pelanggan pasar raya.

Wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini pada pukul 7.30 malam hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan kejadian dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI