fbpx

Pegawai bomba dituduh terima rasuah RM5,962

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Basri (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berkaitan penyelenggaraan kenderaan JBPM Perlis pada 2020.

ALOR SETAR – Seorang pegawai bomba dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,962 berkaitan urusan penyelenggaraan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Basri Othman, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohd. Basri didakwa menerima suapan berupa wang tunai berjumlah RM437 dan RM1,025 dari seorang lelaki sebagai upah kepada dirinya untuk memberikan perkhidmatan bagi kerja-kerja menyelenggara kenderaan JBPM Perlis kepada sebuah bengkel yang terletak di Kangar.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Sungai Petani pada 7 Oktober 2020 dan 10 Oktober 2020.

Bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima, tertuduh didakwa menerima suapan daripada individu sama berjumlah RM1,000, RM1,500 dan RM2,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank miliknya.

Kesalahan rasuah itu didakwa dilakukan pada 2 November 2020, 29 Oktober 2020 dan 27 Oktober 2020 di lokasi sama dengan tujuan yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI