fbpx

Oliveira tawan trek basah Mandalika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLIVEIRA muncul juara GP Indonesia di Litar Mandalika semalam yang berlangsung dalam keadaan litar basah ekoran hujan lebat sebelum perlumbaan. – AFP

LOMBOK – Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Miguel Oli­veira muncul juara Grand Prix (GP) Indonesia yang berlangsung dalam keadaan trek basah ekoran hujan lebat di Litar Antarabangsa Mandalika semalam.

Meskipun memulakan saingan di petak ketujuh, namun ia tidak menjadi masalah buat pelumba Portugal itu untuk memecut laju ketika ramai pelumba terpaksa berhati-hati untuk mengambil selekoh kerana keadaan litar yang licin.

Peluang tersebut digunakan Oliveira sebaik mungkin untuk kembali berada di podium kemenangan selepas kali terakhir pelumba berusia 28 tahun itu muncul juara pada Jun tahun lalu.

“Permulaan yang baik pada awal saingan, namun bukan mudah beraksi dalam keadaan cuaca seperti ini. Saya mengekori Jack Miller untuk memahami keadaan litar sebelum memintasnya dan fokus pada baki lima pusingan terakhir.

“Sebelum ke Indonesia saya berjanji ingin membawa pulang kemenangan buat anak saya dan trofi ini adalah untuknya,” kata­nya.

Juara dunia 2021, Fabio Quartararo yang memulakan saingan di petak utama terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat kedua selepas ketinggalan ketika bergelut beraksi dalam keadaan hujan.

Pelumba Pramac, Johann Zarco berjaya menempatkan diri di podium ketiga apabila berjaya memintas Jack Miller (Ducati) yang sekadar di tempat keempat selepas bergelut pada penghujung saingan.

Sementara itu, malang me­nimpa pelumba Repsol Honda, Marc Marquez yang tidak dapat meneruskan perlumbaan di Mandalika selepas terpaksa dikejarkan ke hospital ekoran terjatuh dalam insiden kemala­ngan pada aksi pemanas badan pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI