fbpx

Melaka terima loji rawatan kumbahan terbesar gred A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (tengah) meninjau pengoperasian Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Berendam di Melaka, hari ini.

MELAKA – Melaka menerima loji rawatan kumbahan teknologi hijau terbesar bernilai RM111 juta yang memanfaatkan seramai 140,000 penduduk di negeri ini, hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, loji itu merupakan yang termoden dengan pelepasan kualiti efluen kumbahan mencapai standard A.

Katanya, Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Berendam itu mampu merawat sehingga 126,000 meter padu kumbahan dalam sehari dan memanfaatkan 140,000 penduduk negeri ini.

“Loji bernilai RM111 juta ini dibangunkan dengan teknologi rawatan Extended Aeration (EA) dan mampu merawat kumbahan sehingga 126,000 meter padu sehari, sekali gus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

“Ia juga menghasilkan kualiti efluen kumbahan yang sangat baik dan boleh digunakan di kilang-kilang industri, bukan untuk makan atau minum tetapi penyejukkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Berendam kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) di sini, hari ini.

Tambahnya, kawalan bau dalam reka bentuk projek juga dapat meminimumkan insiden kacau ganggu kepada penduduk sekitar.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya juga yakin projek berkenaan dapat meluaskan perkhidmatan pembentungan di bandar-bandar utama kepada 85 peratus menjelang 2025 dan memanfaatkan sehingga 500,000 pengguna.

“InsyaAllah perkara ini sedang dibincang lanjut bersama IWK dan syarikat air negeri seluruh negara untuk memperluaskan lagi penggunaan air rawatan daripada loji untuk kegunaan industri kilang.

“Saya dimaklumkan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) merupakan syarikat air negeri yang kedua selepas Selangor yang bersetuju mengambil manfaat daripada air kumbahan yang telah dirawat ini untuk kegunaan industri,” katanya.

Jelasnya, kesemua 16 loji kumbahan kecil sedia ada di sekitar Batu Berendam juga akan ditutup dan disambungkan kepada loji tersebut itu bagi memudahkan pemantauan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI