fbpx

MBSJ tingkat kesiapsiagaan, aset pasukan hadapi bencana banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN pantas MBSJ bersama aset baharu yang akan digunakan bagi kerja-kerja menyelamat termasuk mangsa banjir.

Saudara pengarang,

BENCANA banjir yang melanda negara pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini menyebabkan kerosakan harta benda dan insfrasrtuktur.

Kecenderungan banjir di beberapa kawasan secara serentak menyukarkan kerja-kerja bantuan kecemasan dijalankan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Bagi mengatasi perkara itu, MBSJ telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan meliputi segala aspek termasuk menambah tiga buah bot penyelamat tahan lasak yang memenuhi spesifikasi operasi penyelamat bencana serta tahan lasak.

Penambahan aset itu dapat membantu anggota dalam kerja-kerja bantuan awalan kes-kes kecemasan sebelum ketibaan bantuan daripada agensi-agensi keselamatan yang lain.

Pemantauan di tapak terutama di kawasan mudah banjir turut ditingkatkan di samping memastikan penyelenggaraan saliran dan longkang dilaksanakan secara berkala bagi mengelakkan risiko banjir kilat.

Orang ramai diminta untuk sentiasa peka dengan amaran cuaca sekali gus berada dalam keadaan siap siaga sekiranya berlaku hujan lebat yang berpotensi membawa fenomena banjir kilat dan tanah runtuh.

Sebarang aduan atau kecemasan boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03-8024 7700.

AZFARIZAL ABDUL RASHID
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan
Strategik MBSJ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI