fbpx

Ibu rayu Nur Faiszah pulang ke pangkuan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Faiszah.

PETALING JAYA- Sepasang suami isteri dari Bera, Pahang merayu agar anak perempuan mereka yang berusia 15 tahun untuk kembali semula ke pangkuan keluarga selepas gadis bawah umur itu dipercayai lari bersama teman lelakinya.

Difahamkan, gadis itu kini disyaki berada di Melaka selepas mengikut teman lelakinya yang berusia 21 tahun.

Menurut ibu kepada gadis itu, Surida Che Ma, 45, anak perempuannya, Nur Faiszah Nabila Mohamad Rudzam atau Nur Faiszah dipercayai keluar dari rumah mereka kira-kira pukul 3 pagi untuk lari bersama kekasihnya.

“Ketika kejadian, ayahnya tiada di rumah kerana dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah untuk menghantar anak kami yang diserang semput manakala saya pula sedang tidur.

“Jadi, kami berharap sangat agar Nur Faiszah untuk segera pulang ke pangkuan keluarga sebab semua sedang merindui dia. Tolong hantar anak saya segera, tak sanggup mahu hadapi hal ini lagi,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai keberadaan gadis itu boleh menghubungi talian 013-378 5528 untuk perkongsian informasi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI