fbpx

Hujan lebat, ribut petir di negeri utara Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang membabitkan seluruh kawasan di Perlis, Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah, Perak dan Sabah pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, di Kedah cuaca buruk tersebut melibatkan Langkawi, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, di Perak antara kawasan yang mengalami hujan lebat serta ribut petir adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi negeri Sabah melibatkan daerah Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat hari ini.

“Cuaca buruk ini dijangka berterusan sehingga pukul 9 pagi nanti.

“Manakala, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI