fbpx

Empat maut kemalangan babitkan dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Proton Wira yang terbalik dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta di KM 58.2 Lebuh Raya Utara-Selatan pada awal pagi tadi.

PENDANG – Empat orang dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta dengan salah sebuahnya terbakar di Kilometer (KM) 58.2 Lebuh Raya Utara Selatan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Wira dan Nissan Almera tesebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tiga mangsa yang menaiki kereta Proton Wira dikenali sebagai Mohamad Syafiq Kassim, 26; Shahrin Hafi Omar, 49; dan Arni, 52.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan cedera parah akibat dihempap kereta tersebut yang terbalik.

Sebuah kereta Nissan Almera yang terbakar dalam kejadian di KM 58.2 Lebuh Raya Utara-Selatan.

Sementara maklumat berhubung identiti mangsa dipercayai lelaki yang menaiki kereta Nissan Almera belum diperoleh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran kereta akibat kemalangan jalan raya pada pukul 2.22 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati sebuah kereta jenis Nissan Almera terbakar 90 peratus manakala sebuah lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan itu iaitu jenis Proton Wira tidak terbakar.

“Terdapat seorang mangsa di dalam Nissan Almera yang terbakar dan tiga mangsa di dalam Proton Wira,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 4.07 pagi diikuti mangsa kedua dan ketiga pada pukul 4.28 dan 4.52 pagi sebelum mangsa terakhir dari kereta yang terbakar pada pukul 5.43 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI